'Apa bukti dua juta ahli UMNO keluar parti'  - Mohamad - Utusan Malaysia

‘Apa bukti dua juta ahli UMNO keluar parti’  – Mohamad

MOHAMAD Hassan (kanan) disambut oleh ahli dan pemimpin UMNO pada majlis makan malam UMNO Terengganu di Kuala Nerus, malam tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan dakwaan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengenai dua  juta ahli UMNO keluar parti sebagai tidak berasas.

Beliau berkata, kenyataan Presiden Muafakat Nasional (MN) itu tidak munasabah kerana tiada bukti menunjukkan terdapat ramai ahli UMNO keluar parti.

Menurutnya, pada pandangannnya, terdapat ahli UMNO yang keluar parti, namun jumlah  tersebut tidak besar.

“Saya tak tahu daripada mana dia dapat angka tersebut, Kalau dia dapat bagi ic nombor (kad pengenalan) orang nak keluar, boleh kita mempercayainya.

“Apa buktinya (dua juta ahli UMNO keluar parti), terpulanglah. Kalau dia (Annuar) syok sangat pun jangan sampai macam tu. Orang boleh fikir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis makan malam bersama UMNO Terengganu di sini, malam tadi.

Pada Sabtu lalu, Annuar dilaporkan berkata, lebih dua juta ahli UMNO sudah meninggalkan parti itu dan mendakwa UMNO kini bukan lagi parti yang menjadi pilihan rakyat.

Selain itu, Mohamad berkata, beliau meletakkan syarat kepada pemimpin dan ahli UMNO sekiranya mahu memastikan UMNO memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Beliau berkata, antara syarat tersebut adalah seluruh jentera parti kena bekerja kuat, tidak  bertelagah, ‘cah keting’ dan meletakkan calon yang boleh menang.

Menurutnya, beliau percaya UMNO mampu memenangi PRN itu sekiranya ahli dan pemimpin parti  mematuhi syarat-syarat tersebut.

“Peluang untuk menang PRN ada, dengan syarat kita kerja kuat, dengan syarat kita tidak bertelagah, dengan syarat tak ada ‘cah keting’ dan kita sama-sama letakkan calon boleh menang yang tidak ada masalah, dipersoalkan kredibiliti,” ujarnya.

Pada masa sama, Mohamad berkata, beliau yakin Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan negeri-negeri yang ditadbir oleh Kerajaan Perpaduan pada PRN nanti.

Selain itu, tambahnya, BN juga diyakini dapat merampas semula negeri Terengganu dan Kedah.

“Kita nak pastikan supaya BN dapat bertapak semula di Terengganu dan juga di Kedah, peluang untuk menang ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya