Anwar tidak terkesan cubaan 'geng sakau' jatuhkan Kerajaan Perpaduan - Utusan Malaysia

Anwar tidak terkesan cubaan ‘geng sakau’ jatuhkan Kerajaan Perpaduan

ANWAR Ibrahim beramah-mesra dengan ahli kariah ketika menghadiri majlis Kenduri Korban Di Masjid Jamek An-Nur, Kampung Guar Perahu, Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terkesan dengan ugutan dan cubaan yang didakwanya ‘geng sakau’ yang cuba menjatuhkan Kerajaan Perpaduan ditadbir beliau sejak tujuh bulan lalu.

Beliau berkata, kerajaan akan terus berusaha memulihkan kembali ekonomi dan kewangan negara tanpa gentar biarpun berdepan pelbagai cabaran.

“Macam-macam ugutan yang saya terima dan geng kaya raya ini sudah sepakat (jatuhkan kerajaan).

“Geng-geng sakau ini hidup mereka besar, harta berbilion, walaupun mereka ‘hidup Melayu’ dan sebagainya, saya akan lawan tetap lawan untuk mempertahankan prinsip ini.

“Kalau kata saya terlibat dalam kes rasuah, atau guna wang kayakan keluarga (Wan Azizah, Nurul Izzah dan anak-anak), boleh bawa (siasat), tetapi Alhamdulillah syukur, tujuh bulan mentadbir, satu kepentingan keluarga pun tak ada sama sekali,” katanya.

ANWAR IBRAHIM

Beliau berucap ketika menghadiri majlis Kenduri Korban Di Masjid Jamek An-Nur, Kampung Guar Perahu, di sini hari ini.

Beliau turut meluangkan masa menunaikan solat Jumaat bersama penduduk setempat di masjid sama.

Dalam perkembangan lain, beliau memohon supaya rakyat cakna dalam membezakan antara serangan politik dan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan.

Katanya, penilaian yang adil harus dibuat sebelum menerima atau terpengaruh dengan sebarang dakyah politik.

“Boleh kritik, bukan semua saya buat betul, adakalanya ada kelemahan yang saya tak tahu, tapi cerca dan fitnah memang tak boleh, tak kira dia pakai kopiah, ketayap dan kot.

“Negara kita dulu hampir rosak, menteri semua kaya raya dan sudah-sudahlah, kita kena tukar cara itu.

“Berilah peluang kepada kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab dalam mentadbir negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya