Amaran ribut petir, hujan lebat di Terengganu dan Pahang

Amaran ribut petir, hujan lebat di Terengganu dan Pahang

hujan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di tiga negeri sehingga pukul 7 malam ini. 

Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di  Terengganu, Pahang dan Sabah. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Terengganu (Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman); Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) dan Sabah: Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan),” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Jelas Met Malaysia,  amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. 

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN