KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) menerima banyak aduan berkaitan ketiadaan bekalan air bersih di beberapa kawasan di seluruh negeri ketika negara dilanda kemarau. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusinya, Datuk Azami Mohd. Nor berkata, situasi itu disebabkan paras air di loji-loji rawatan air AKSB menurun sekali gus rumah-rumah yang berada di hujung sesebuah kawasan tidak menerima bekalan. “Sepertimana berlaku di Loji Rawatan Air Kelar di Pasir Mas baru-baru ini,…










