BADAN Gabungan 38 Masjid Felda Wilayah Jengka menyumbang susu jenama PediaSure bernilai RM4,000 kepada adik Ainul Mardhiah Nurul Ridzuan,6, dari Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut.
Ainul Mardhiah mengalami gangguan saraf, kelemahan pergerakan dan kecacatan bahagian mata akibat kemalangan jalan raya dua tahun lalu.
Sumbangan susu itu selama setahun dan penajaan selama enam bulan boleh disambung sekiranya mendapat permintaan daripada keluarga berkenaan.
Ainul Mardhiah anak kedua daripada empat beradik pasangan Nurul Ridzuan,44, dan Nur Ashikin Omar, 36, memerlukan bantuan rakyat Malaysia kerana ketua keluarga tidak bekerja.- UTUSAN










