Ahli, penyokong MIC sokong calon PH demi kestabilan

Ahli, penyokong MIC sokong calon PH demi kestabilan

RAVEN Kumar (empat kiri) bergambar bersama komuniti India selepas menyampaikan sumbangan mewakili kerajaan negeri dalam satu majlis yang diadakan di Johor Bahru, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli dan penyokong MIC tidak mempunyai masalah memberi undi kepada calon-calon daripada Pakatan Harapan (PH) termasuk daripada DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri akan datang.

Ketua Pemuda MIC, K. Raven Kumar berkata, langkah itu penting bagi memastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut disokong Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, ahli dan penyokong MIC perlu melihat gambaran lebih besar iaitu kepentingan rakyat dan negara berbanding perseteruan politik sebelum ini.

“Tidak boleh cakap tiada masalah (undi calon PH dan DAP), jadi penjelasan perlu diberi mengapa kerajaan perpaduan ini wujud dan apa tindakan yang boleh diambil kita (ahli dan penyokong MIC).

“Ini untuk kestabilan negara dan kita kena lihat gambaran lebih besar iaitu mengutamakan kestabilan negara, soal politik itu isu kedua,” katanya kepada pemberita.

Raven Kumar yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Johor sehubungan itu memberitahu, MIC akan terus melaksana arahan dikeluarkan kepimpinan BN.

“MIC tiada masalah untuk mengikut keputusan dasar yang dibuat oleh BN, jika itu arahan dari kepimpinan dan itu langkah terbaik demi kesejahteraan dan kestabilan, kita akan beri kerjasama,” jelasnya.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, pengundi UMNO perlu memilih calon daripada kerajaan perpaduan pada PRN tanpa mengira calon tersebut daripada parti mana termasuk DAP.

Menurut beliau, gesaan tersebut bukan atas nama parti tertentu sebaliknya atas nama kerajaan perpaduan serta titah Yang di-Pertuan Agong dalam menyiksa kestabilan politik negara.

“Kita hendaklah tinggalkan sentimen peribadi kerana dinamik politik hebat, apa yang berlaku sudah berlaku, ia adalah kerana kestabilan,” jelasnya.- utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.