Aaron Aziz tunai haji - Utusan Malaysia

Aaron Aziz tunai haji

AARON AZIZ ketika ditemui di TH Hotel Kelana Jaya di sini, baru-baru ini.-UTUSAN/FAIZ ALIFF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa syukur selepas berpeluang menunaikan ibadah haji bersama isterinya, Diyana Halik.

Aaron berkata, dia bersyukur kerana segala urusan termasuk kelulusan visa dipermudahkan sekali gus memudahkan keberangkatan dirinya bersama jemaah lain.

“Terima kasih kepada pengurusan @lavender.holidays yang berusaha siang malam untuk memastikan semua visa bakal jemaah diluluskan.

“Terima kasih kepada mereka yang telah mendoakan segala urusan kami dipermudahkan,” katanya ketika ditemui di TH Hotel Kelana Jaya di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, Aaron juga memohon ampun dan maaf serta berharap dikurniakan haji mabrur sempena pemergian ke tanah suci.

“Kami juga mohon ampun dan maaf kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa atau menyinggung perasaan sesiapa.

“Halalkan makan minum dan doakan semoga para jemaah dianugerahkan haji mabrur. Hanya kepada-Mu kami sembah Ya Allah, hanya kepada-Mu kami mohon pertolongan,” katanya.

Aaron turut memaklumkan urusan menunaikan Rukun Islam kelima itu menggunakan pembiayaan sendiri sepenuhnya dan tidak melibatkan tajaan daripada mana-mana pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN