20 nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara - Utusan Malaysia

20 nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

BOT nelayan Vietnam yang ditahan selepas menceroboh perairan negara di Kuala Terengganu, Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGA­NU: Tin­dakan 20 nelayan warga Vietnam menceroboh perairan negara membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Ma­ritim Malaysia (Ma­ritim Malaysia) Terengganu, Selasa lalu.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Khairulanuar Abd. Majid berkata, nelayan itu ditahan di kedudukan 116 batu nautika dari muara Kuala Terengganu di sini, kira-kira pukul 1.20 petang.

Menurut beliau, pihaknya turut merampas bot, peralatan menangkap ikan, peralatan komunikasi dan navigasi, 300 kilogram ikan serta 2,000 liter diesel dengan nilai keseluruhan RM1.5 juta.

“Kita pada awalnya mengesan bot dalam ke­adaan mencurigakan kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebelum kehadiran Maritim Malaysia disedari nelayan asing itu.

“Mereka cuba melarikan diri ke sempadan per­airan Vietnam namun kecekapan anggota Maritim Malaysia berjaya menahan bot tersebut daripada terlepas hampir sejam kemudian.

“Pemeriksaan mendapati terdapat 20 kru termasuk tekong warga Vietnam berusia 18 sehingga 49 tahun tanpa dokumen pengenalan diri,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, tekong ber­kenaan gagal menunjukkan sebarang kebenaran atu lesen menangkap ikan di perairan Malaysia.

Khairulanuar berkata, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Melalui Op Naga Barat dan Op Kuda Laut, kita komited menangani pencerobohan nelayan asing yang mengaut kemewahan hasil laut kita,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya