13 lelaki bergaduh akibat ‘rem’ motorsikal ditahan

13 lelaki bergaduh akibat ‘rem’ motosikal ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Polis menahan seramai 13 lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan di Bukit Ampang, di sini, Isnin lalu. 

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, polis menerima aduan berkaitan pergaduhan membabitkan dua kumpulan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil siasatan mendapati rusuhan berpunca akibat tidak puas hati dengan satu kumpulan yang membuat bunyi bising dengan bunyi enjin motosikal. 

Katanya, perbuatan itu mengakibatkan suspek daripada kumpulan lain  menegur dan berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara mereka.

“Akibat kejadian itu, tiga suspek mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, susulan itu, semua suspek berusia 15 hingga 26 tahun ditahan di pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada Selasa lalu.

Jelasnya, tangkapan melibatkan seorang pelajar sekolah, penghantar makanan, pembantu jualan dan penganggur. 

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek negatif. Tiga suspek berusia 20 hingga 26 tahun  mempunyai rekod kesalahan lampau dadah dan jenayah,” ujarnya.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman empat hari sehingga 3 Jun ini. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh  yang boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

“Polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam  perbuatan merusuh dan bergaduh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya