1.5 tan benih kerang gagal diseludup

1.5 tan benih kerang gagal diseludup

GUNI berisi benih kerang yang dirampas dalam cubaan menyeludup bekalan itu ke Thailand sebelum digagalkan Maritim Malaysia di Padang Keria, Sanglang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah menggagalkan cubaan menyeludup 1.5 tan benih kerang menggunakan bot gentian kaca di kedudukan 0.5 batu nautika timur pesisir Padang Keria, Sanglang, 4.14 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan bersama bot tanpa nombor pendaftaran dilakukan semasa rondaan rutin Op Aman di sekitar perairan Kuala Kedah.

Katanya, bot berkenaan terlebih dahulu dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan menuju ke Thailand sebelum memecut apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Melihat keadaan itu, pihak kami mengejar dan berjaya menahan bot tersebut. Pemeriksaan dijalankan mendapati bot itu membawa kira-kira 100 guni benih kerang bernilai kira-kira RM10,000 yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, kesemua benih kerang tersebut bersama bot dan enjin dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut di bawah Akta Perikanan, Perkara 4(3) Peraturan Perikanan (Pemulihan dan Kultur Kerang 2002).

“Mengikut akta itu tiada seorang pun boleh mengambil apa-apa benih kerang dari suatu tapak kerang semula jadi atau tapak kerang. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya