LAMBAIAN KAABAH MADINAH: Kumpulan jemaah Malaysia melahirkan rasa syukur diberi peluang menziarahi kawasan bersejarah di sekitar bandar ini pada hari ketiga berada di Madinah al-Munawwarah sebelum berangkat ke Mekah. Rata-rata mereka kelihatan ceria dan sihat selain berpuas hati dengan pengurusan dan program yang diatur oleh petugas Tabung Haji (TH). Semalam, mereka dibawa menaiki 28 buah bas seawal pukul 6 pagi untuk menziarahi Masjid Quba, ladang kurma, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh…










