Ziana Zain bahagia hidup solo

Ziana Zain bahagia hidup solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi kesayangan, Ziana Zain, 55, menegaskan enggan berkahwin lagi kerana selesa bergelar ibu tunggal dan membesarkan sendiri anak-anaknya tanpa suami.

Kata pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain, dia bersyukur dengan kehidupannya sekarang yang bahagia di sisi ibu bapa, adik beradik serta anak-anaknya.

“Saya tak fikir (soal jodoh), tak tahu dan tak mahu ambil tahu. Saya selesa (hidup) begini.

“Kalau ada yang bertanyakan soal itu, saya jawab hanya dengan anak-anak. 

“Saya selesa mungkin sebab anak-anak sudah besar. Jadi saya tak perlu fikir lagi (pasal jodoh),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Penyanyi lagu Madah Berhelah itu mendirikan rumah tangga bersama Armin Zaharin Ahmad Zambri pada 9 Mei 1998. Namun pasangan itu bercerai pada 12 Julai 2018.

Dalam pada itu, Ziana menolak adanya mana-mana lelaki, termasuk golongan VVIP cuba mendekatinya.

“Tak ada yang berani nak try sebab saya garang,” jawabnya ringkas.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN