Wajah Ernie Zakri hiasi papan iklan New York Times Square

Wajah Ernie Zakri hiasi papan iklan New York Times Square

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Ernie Zakri, 30, tidak menyangka wajahnya dipilih untuk menghiasi papan iklan digital tersohor New York Times Square.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri menganggap peluang ini merupakan satu kejayaan terbesar yang diraihnya sebagai seorang penyanyi solo.

“Semestinya, saya sangat gembira dengan berita ini.

“Saya tak pernah terbayang yang satu hari nanti wajah saya akan terpampang di papan iklan digital New York Times Square yang memang dikenali seluruh dunia,” ujar Ernie mengulas berita tersebut.

Kejayaan ini turut membakar semangat penyanyi lagu Gundah itu untuk terus menghasilkan lebih banyak lagu tahun ini.

“Saya bercadang untuk menghasilkan lebih banyak lagu dan juga mungkin sebuah album pada hujung tahun ini.

Banyak yang sudah sava rancangkan jadi tolong doakan semanya dimudahkan,” sambungnya lagi.

Penampilan Ernie pada papan iklan digital tersebut adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen Equal oleh wadah penstriman muzik digital, Spotify.

Equal merupakan program anjuran Spotify yang memperjuangkan kesamaan dalam
mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.

“Saya sentiasa ingin menjadi versi terbaik diri saya. Kebanyakan lagu saya membawa pesan
pemerkasaan wanita. Dan inilah yang ingin saya laungkan.

“Mimpi boleh menjadi kenyataan jika kita bekerja dengan bijak. Banyak yang telah saya pelajari.

“Dulu saya fikir bekerja keras adalah kunci segalanya, tapi kini setelah bergelar ibu dan isteri saya mengerti bahawa saya perlu bekeria dengan bijak jika ingin mengecapi keseimbangan,” jelasnya.

Terdahulu, Ernie baru sahaja selesai melangsungkan Konsert Satu Suara Vol.3 bersama-sama Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Jay Jay di Plaza Sungei Wang, minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya