Tuntutan Sulu: PDRM buka siasatan unsur sabotaj

Tuntutan Sulu: PDRM buka siasatan unsur sabotaj

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka siasatan berhubung isu tuntutan warga Filipina terhadap Malaysia yang mendakwa waris Kesultanan Sulu yang didakwa ancaman kepada keselamatan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas membuka siasatan di bawah Seksyen 124 (K) Kanun Keseksaan iaitu sabotaj. 

Katanya, satu laporan dibuat Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud) penuntut-penuntut yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.

“Laporan dibuat susulan Notis Timbang Tara yang diserahkan kepada Kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019 melibatkan anggaran tuntutan melebihi US$32 bilion.

“Tuntutan itu merupakan satu ancaman kepada negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tegas beliau, PDRM memandang serius terhadap sebarang elemen yang boleh menggugat ketenteraman awam khususnya perbuatan sabotaj terhadap keselamatan, kedaulatan dan kestabilan negara. 

“Kita memberi jaminan siasatan terperinci berhubung perkara itu akan dijalankan,” katanya. 

Pada 25 Mei lalu,  Sekretariat Khas Sulu dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, laporan polis yang dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah Putrajaya adalah susulan daripada tindakan tuntutan yang difailkan oleh penuntut mendakwa waris Jamalul Kiram.

Katanya, selepas insiden pencerobohan di Lahad Datu, Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Kumpulan Royal Sulu Force (RSF) sebagai entiti pengganas yang terbabit dalam tragedi pencerobohan di Sabah pada 2013.

“Salah seorang penuntut iaitu Fuad A Kiram juga telah diklasifikasikan sebagai pengganas di bawah Seksyen 66B Akta Pencegahan Penggubalan Wang Haram Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAATFUAA) pada 6 April 2023.

“Objektif laporan polis ini dibuat adalah dengan mengambil kira wujudnya elemen sabotaj ke atas ekonomi dan ancaman kepada keselamatan negara melalui tindakan agresif penuntut yang dipercayai bersubahat dengan menyalahgunakan proses timbang tara antarabangsa.

“Susulan daripada laporan ini, dipercayai satu siasatan jenayah akan dimulakan oleh pihak berkuasa demi menjamin keamanan, keselamatan dan kestabilan negara,” katanya.

Pada 30 Julai 2019, satu notis timbang tara diserahkan kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri dengan anggaran tuntutan melebihi AS$32 bilion.

Walaupun tidak mengiktiraf tuntutan tersebut, Kerajaan Malaysia telah memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Sabah yang mana penuntut tidak hadir ke prosiding berkenaan.

Mahkamah Tinggi Sabah pada 14 Januari 2020 memutuskan Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara, Malaysia tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya dan penimbang tara tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan.

Keputusan Mahkamah Tinggi Sabah tersebut telah dibawa ke Mahkamah Madrid, Sepanyol untuk diiktiraf dan dikuatkuasakan bagi memberhentikan prosiding timbang tara di Sepanyol.

Susulan itu, ‘partial award on jurisdiction’ dikeluarkan oleh Penimbang Tara pada 25 Mei 2020 telah diketepikan.

Pada 29 Jun 2021, atas permohonan kerajaan, Mahkamah Madrid telah membatalkan pelantikan Dr Stampa sebagai penimbang tara dan semua tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Dr Stampa adalah terbatal.

Mahkamah Madrid pada 13 Oktober 2021 memutuskan ‘partial award on jurisdiction’ yang dikeluarkan oleh Dr Stampa bertarikh 25 Mei 2021 adalah terbatal (null and void).- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya