Tori Spelling, anak-anak sakit kerana kulapuk - Utusan Malaysia

Tori Spelling, anak-anak sakit kerana kulapuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Dua anak pelakon Tori Spelling, Finn, 10 dan Beau, 6, dikejarkan ke hospital selepas mengalami alahan berpunca daripada sejenis kulapuk berbahaya yang tumbuh dalam kediamannya.

Spelling menerusi Instagram memaklumkan mereka sekeluarga sering mengalami masalah kesihatan sejak berbulan yang lalu disebabkan kulapuk tersebut.

“Berdepan masalah ini berbulan lamanya. Kadang sakit, kemudian sihat dan sakit semula.

“Punca telah dikenal pasti kerana anak-anak sering sakit ketika di rumah, bukan di sekolah.

“Siapa antara anda yang pernah berdepan jangkitan kulapuk? Disebabkannya, anak-anak diserang sesak nafas, alahan dan jangkitan ruam,” tulisnya.

Perkongsian tersebut dibuat selepas bintang Beverly Hills 90210 berkongsi masalah kesihatan anak-anaknya yang ada antara mereka mengalami sakit kepala kronik.

Pelakon berkenaan sebelum ini turut dimasukkan hospital disebabkan sesak nafas dan pening kepala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN