‘Saya mahu pemandu mabuklanggar suami dihukum berat’

‘Saya mahu pemandu mabuk langgar suami dihukum berat’

NOR Nadia Abdul Majid (kiri) bersama tiga anaknya ketika ditemui pemberita di Kampung Repoh, Batu Kurau di Larut, Perak semalam.– UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Isteri kepada penghantar sambilan yang maut dilanggar seorang pemandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol di Klang, Selangor kelmarin mahu hukuman berat dikenakan terhadap suspek.

Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, kejadian itu menyebabkan dia dan tiga anak bukan sahaja hilang tempat bergantung, namun orang tersayang selepas seminggu menyambut Aidilfitri.

“Saya tidak menyangka suami saya dilanggar dengan kejam oleh pemandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol. Suami saya tidak bersalah, saya mahu pelakunya dikenakan hukuman yang berat. 

“Kami sekeluarga kehilangan orang yang kami sayangi hanya kerana perbuatan pemandu itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Repoh, Batu Kurau semalam.

Menurut Nor Nadia, kejadian berlaku ketika suaminya, Amirul Hafiz Omar, 33, dalam perjalanan membeli buku teks matematik bagi anak sulungnya sebelum dilanggar kereta di Jalan Barat Daya Klang, Klang kira-kira 11 pagi semalam.

“Suaminya saya merupakan tonggak keluarga dan pemergiannya sudah tentu memberi kesan besar kepada anak-anak yang masih kecil,” katanya.

Pasangan itu mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Aqif Amsyar  Amirul Hafiz, 9, Muhammad Afif Izz Rayqal, 7, dan Nur Humaira, 2.

Sementara itu, ibu mangsa, Faridah Ahmad, 56, berkata,  dia tidak menyangka gurauan hendak masuk berita dalam televisyen menjadi petanda dia meninggalkannya.

“Kami ingatkan dia bergurau saja, rupa-rupanya itu petanda dia meninggalkan kami semua,” katanya.

Menurutnya, dia rasa kecewa dan hiba apabila melihat rakaman tular rakaman papan pemuka kereta apabila anaknya dilanggar melambung tinggi dan jatuh atas kereta hingga maut.

“Memang sakit rasanya apabila melihat (rakaman video) sehingga melambung anak saya, sampai hati pemandu itu melanggar anak saya sehingga mati begitu,” katanya

Sementara itu, jenazah Amirul Hafiz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Repoh di sini semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN