Tiket Coldplay habis terjual, ulat tiket dikecam - Utusan Malaysia

Tiket Coldplay habis terjual, ulat tiket dikecam

KUMPULAN rock dari Britain ini akan menjayakan konsert sulung mereka di Malaysia pada 22 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiket konsert Coldplay: Music of the Sphers World Tour habis terjual dalam tempoh empat jam sejak penjualan hari kedua dibuka jam 10 pagi tadi.

Dalam satu hantaran penganjur, Live Nation di laman sosial, mereka memaklumkan penjualan tiket dihentikan kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

“Tiket konsert secara rasminya sudah laris terjual.

“Kami ingin berterima kasih kepada semua kerana telah memberikan kami sokongan yang sangat jitu terhadap konsert Coldplay di Kuala Lumpur. Kami menantikan kedatangan anda pada 22 November ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

Mengintai ruangan media sosial, rata-rata mengutuk tindakan ulat tiket (scalper) yang sengaja membeli tiket konsert dan menjualnya kembali dengan harga tinggi.

“Tak payah beli dari scapler. Biar mereka makan semua tiket itu,” kata satu akaun Twitter.

“Sakitnya hati beratur lama-lama untuk beli tiket tapi orang jual semula dengan harga mahal,” tulis akaun yang lain.

“Jangan beli tiket dari scalper biar mereka rugi,” tulis satu ciapan.

Memandangkan sambutan luar biasa diberikan kepada peminat Malaysia, ramai yang meminta agar penganjur menambah satu lagi hari untuk konsert Music of the Sphers World Tour.

Namun setakat ini masih tiada berita penambahan hari konsert dikongsikan pihak penganjur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN