Tiga lelaki warga asing pecah sekolah swasta ditahan

Tiga lelaki warga asing pecah sekolah swasta ditahan

MOHAMAD FAROUK ESHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis menahan tiga lelaki warga asing selepas dipercayai memecah masuk sebuah sekolah swasta di Taman Ampang Utama, dekat sini Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, satu laporan dibuat seorang lelaki warga asing berusia 39 tahun yang juga pengusaha sekolah swasta berkenaan kira-kira pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, menurut pengadu, sebaik tiba di pejabatnya, dia menyedari tingkap bilik terbabit dalam keadaan tidak berkunci dan terdapat kesan umpil.

“Pengadu kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati sebuah decoder di pejabatnya dan 13 komputer riba pelbagai jenis di makmal komputer di tingkat satu hilang yang disyaki dicuri dengan kerugian dianggarkan RM8,000.

“Susulan laporan itu, pihaknya menahan tiga lelaki warga asing termasuk bekas pelajar di sekolah swasta berkenaan berusia 19 hingga 20 tahun pukul 3.50 petang, semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek dilakukan di Jalan Ampang Kiri, Taman Ampang Utama dan Jalan Putra Sulaiman Ampang dekat sini membawa kepada rampasan satu beg, lapan komputer riba dan dua telefon bimbit.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap ketiga-tiga suspek yang juga pelajar dan juruwang berkenaan didapati negatif dadah.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah,” jelasnya.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN