Tiga kawasan catat suhu harian lebih 35 darjah Celsius - Utusan Malaysia

Tiga kawasan catat suhu harian lebih 35 darjah Celsius

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak tiga kawasan di seluruh negara mencatatkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kawasan yang berada pada tahap berjaga-jaga itu melibatkan dua kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak.

“Terdapat dua kawasan di Semenanjung berada pada tahap satu atau berjaga-jaga iaitu di Pasir Mas dan Rompin.

“Terdapat satu kawasan di Sarawak berada pada tahap satu atau berjaga-jaga iaitu di Selangau,” menurut jabatan itu dalam hantaran di Facebook petang ini.

Bagaimanapun, tiada kawasan di Sabah direkodkan berada pada tahap satu atau berjaga-jaga.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN