Tiada perancangan pembenihan awan masa terdekat - METMalaysia

Tiada perancangan pembenihan awan masa terdekat – METMalaysia

GELAGAT pengunjung yang bermandi-manda berikutan cuaca panas di Air Terjun Sekayu, Hulu Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) tidak merancang untuk melaksanakan pembenihan awan dalam masa terdekat susulan cuaca panas ketika ini.

Jurucakap kepada METMalaysia berkata, ia berikutan keadaan cuaca hujan dan ribut petir yang mulai berlaku di kebanyakan kawasan dalam negara.

Katanya, pelaksanaan operasi pembenihan awan adalah untuk meningkatkan paras di empangan dan ketika berlaku jerebu tebal tertakluk kepada keperluan semasa.

“Tujuan proses pembenihan tersebut bukannya untuk mengubah keadaan cuaca semasa, namun bagi menggalakkan pembentukan titisan awan menjadi lebih besar dan turun sebagai hujan.

“Tempoh penghasilan hujan boleh terjadi dalam tempoh 30 hingga 60 minit selepas pembenihan dan bergantung pada kesesuaian awan serta turut dipengaruhi pelbagai faktor bagi proses ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kos bagi pelaksanaan benih awan adalah tinggi kerana memerlukan pesawat.

Menurut beliau, ramalan intensiti fenomena El-Ninoyang dijangka mulai berlaku di rantau negara mulai Jun ini menunjukkan kekuatan pada hujung tahun.

Jelasnya, berdasarkan kebanyakan model meramalkan El Nino kuat dengan kebarangkalian lebih dari 85 peratus mulai Oktober hingga Disember ini.

“Namun suhu maksimum pada musim kemarau yang bakal berlaku dijangka tidak melebihi suhu maksimum harian pada April 2023,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×