Terokai pesisir pantai Selangor jadi hab ekonomi, pelancongan - Utusan Malaysia

Terokai pesisir pantai Selangor jadi hab ekonomi, pelancongan

Pantai Selangor
TAN Cat Keong (lima, kanan) bergambar bersama tetamu pada majlis itu di Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kerajaan Selangor perlu membangunkan kawasan pesisir pantai di negeri ini sebagai hab ekonomi dan pelancongan terkenal sekaligus mampu menjadi tumpuan pelancong.

Kawasan itu terdiri daripada lima daerah meliputi Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang disifatkan sebagai ‘lokasi emas’ kerana mempunyai pelbagai tarikan dan destinasi pelancongan tersendiri.

Naib Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Pantai Selangor, Tan Cat Keong berkata, pesisir pantai berjarak sejauh 255 kilometer itu mempunyai produk pelancongan namun kekurangan publisiti dan tidak popular.

“Limpahan ekonomi perlu dikembangkan di kawasan itu yang secara tidak langsung berupaya menjana pendapatan penduduk setempat.

“Selangor mempunyai pelbagai tempat menarik kerana tumpuan bukan hanya di Lembah Klang namun di sepanjang pesisir pantai negeri ini,” katanya pada Majlis Malam Mesra dewan perniagaan itu di Pasir Penambang di sini, malam tadi.

Jelas Cat Keong, pelancong terutama luar negara sememangnya mahu menerokai keindahan sesebuah lokasi dan keunikan kepelbagaian kaum.

“Sebagai contoh, penduduk di Tanjong Karang majoritinya kaum Melayu dan terdapat banyak inap desa dan sawah padi. 

Sekinchan pula mempunyai kepadatan penduduk Cina dengan menawarkan pelbagai pilihan untuk mengenali lebih dekat budaya dan tradisi masyarakat Tionghoa,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya sentiasa  mempromosikan kawasan pesisiran pantai negeri ini melalui pelbagai kaedah termasuk konvoi berkenderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya