'Tarikh mengadap Sultan Terengganu dah ada' - Samsuri - Utusan Malaysia

‘Tarikh mengadap Sultan Terengganu dah ada’ – Samsuri

AHMAD Samsuri Mokhtar (tengah) bersalaman dengan pengunjung yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Eidul-Fitri Pas Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi memohon perkenan baginda untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu selepas minggu ketiga Jun depan.

Beliau berkata, sesi mengadap itu akan dilakukannya sebelum tarikh pembubaran automatik dewan itu pada 30 Jun.

Menurutnya, pembuburan DUN itu dilakukan bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan di negeri itu.

“Apa pun untuk request (bubur DUN), kita akan buat bila sampai waktunya. (Tarikh) dah ada tapi saya tak nak bagi tahu tarikh bila,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Eidul-Fitri Pas Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Enam negeri yang sebelum ini sepakat mengadakan PRN secara serentak adalah Terengganu, Kedah, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas juga memberitahu, semua calon yang akan dipilih sebagai calon Pas untuk bertanding dalam PRN akan dilakukan tapisan secara lebih ketat

Menurutnya, senarai nama calon tersebut akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tapisan sebelum dipilih.

“insya-Allah senaraikan nama yang dikemukakan nanti adalah yang terbaiklah untuk rakyat,’ ujarnya.

Sebelum ini, Yang Dipertua DUN, Datuk Yahaya Ali berkata, Ahmad Samsuri akan mengadap Sultan Mizan antara 27 dan 29 Jun ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Pas memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN manakala Barisan Nasional (BN) pula 10 kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.