Suara serak ketika rakam lagu - Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Suara serak ketika rakam lagu – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara masalah kesihatan, penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin terpaksa berhempas pulas ketika merakamkan runut bunyi filem Anwar The Untold Story, Menjaga Cintamu.

Kata penyanyi nombor satu negara itu, keadaan suaranya yang ketika itu masih serak disebabkan masalah berkenaan sedikit menyukarkan proses rakaman lagu itu dilakukan.

“Sebab itu saya lega apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji lagu tersebut. Itu menunjukkan beliau hargai usaha pencipta dan penyanyi lagu tersebut.

“Suara saya masih serak semasa merakamkan lagu itu. Tetapi penciptanya, Andi Rianto gembira dengan tekstur vokal saya ketika itu yang pada pendengarannya, seperti merintih,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Filem biopik dinanti ramai itu mula menjengah pawagam sejak 18 Mei lalu. Meskipun berdepan pelbagai kontroversi, Anwar The Untold Story mencipta sejarah tersendiri menerusi jumlah kutipan sebanyak RM3.69 juta sehingga Isnin lepas.

Dalam pada itu, Siti juga memaklumkan bahawa lagu Menjaga Cintamu bakal dimuatkan dalam album terbarunya yang dijangka menemui peminat tahun ini.

“Impian saya untuk berkolaborasi dengan Andi yang popular menerusi lagu Sang Dewi akhirnya tercapai. Saya gembira apabila dia berpuas hati dengan cara saya menyampaikan lagu ini.

“Mesejnya, tentang kesabaran, kasih sayang dan perjuangan seorang isteri, menarik minat saya untuk menyanyikan Menjaga Cinta.

“Insya-Allah ia bakal saya muatkan dalam album baharu nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Andi mengakui kagum dengan kebolehan Siti menyampaikan lagu tersebut walaupun dalam keadaan kesihatannya yang kurang mengizinkan.

“Saya idolakan Siti, jadi bucket list saya sudah tercapai. Saya kagum dengannya, yang memperindahkan lagu ini.

“Beliau memaklumkan kemampuannya ketika merakamkan lagu itu hanyalah 60 hingga 70 peratus kerana kurang sihat. Tapi pada saya itu sudah cukup bagus,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya