KUALA LUMPUR: Status tuntutan harta sepencarian melebihi RM2 bilion yang difailkan balu Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis, Puan Sri Dr. Kalsom Ismail terhadap empat anak dan ibu mentuanya, akan dimaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah, hari ini. Hakim Syarie Abdul Shukor Abd. Hamid menangguhkan perkembangan status itu semalam kerana Peguam Syarie Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Dr. Kalsom perlu menghadiri mesyuarat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) di Putrajaya. Terdahulu, Nor…










