SPRM sudah pulang kereta Honda saya - Shahrir Abdul Samad

SPRM sudah pulang kereta Honda saya – Shahrir Abdul Samad

KERETA Honda Civic milik Shahri Abdul Samad yang disita sebelum ini dipulangkan jkepada beliau semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulangkan kenderaan jenis Honda Civic milik bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, semalam.

Kenderaan tersebut sebelum ini dirampas SPRM ekoran dakwaan pemimpin veteran itu terlibat dalam kes pengubahan wang haram berjumlah RM1 juta tahun lalu.

Shahrir ditemani peguamnya, Syahrul Syazwan Salehin ke pejabat SPRM Selangor untuk mengambil kereta terbabit, selepas solat Jumaat, semalam.

“Selepas solat Jumaat saya dengan Peguam Tuan Syahrul ke SPRM Selangor untuk mengambil kereta Honda Civic yang disita.

“Okaylah tu. Walaupun empat bulan selepas kes AMLA/LHDN terhadap saya telah digugurkan, saya gembira mendapat balik kereta yang dah jadi ‘famous’ dan terkenal semasa perbicaraan kes itu,” katanya ringkas dalam laman Facebook miliknya.

Minggu lalu, Shahrir menggesa SPRM memulangkan kereta yang dirampas selepas Mahkamah Tinggi memerintahkan dia dilepas dan dibebaskan atas tuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan supaya Shahrir dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan gagal mengisytihar RM1 juta diterima daripada Najib melalui sekeping cek kepada LHDN.

Pihak pendakwaan turut memberitahu mahkamah mereka tidak berhasrat meneruskan pendakwaan kes tersebut terhadap Shahrir. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya