SPRM siasat projek Petronas di Sarawak

SPRM siasat projek Petronas di Sarawak

PETALING JAYA: Satu siasatan telah dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan terdapat perbuatan rasuah melibatkan projek Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan sebuah syarikat minyak antarabangsa membabitkan projek RM399 juta di Sarawak.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, Petronas telah memberikan kerjasama penuh berhubung siasatan tersebut.

“Setakat ini, SPRM telah menemukan beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja berhubung isu tersebut. 

“Sehubungan itu, suruhanjaya ini telah mencadangkan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah-langkah pencegahan,” katanya di sini semalam.

Kenyataan itu turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat baharu tampil membantu siasatan. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN