Sitkom ANMS promosi agenda sihat

Sitkom ANMS promosi agenda sihat

ZALIHA Mustafa (tiga kiri) berbual bersama barisan pelakon sitcom ketika melancarkan Sitcom ANMS di KKM, Putrajaya.. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tampil kelainan dalam mempromosikan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di negara ini menerusi penerbitan sitkom.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, sitkom ANMS yang bersiaran dengan lapan episod itu dibarisi pelakon popular negara seperti Liza Abdullah, Nadia Mustafar, Acong Sweetchild, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Beliau berkata, kementerian sentiasa berusaha mencari idea baharu bagi membantu rakyat mencapai dan mengekalkan tahap kesihatan, namun dengan elemen lebih santai.

“Idea sitkom ini dilihat mampu menjadi pemangkin serta peralihan daripada penjagaan pesakit kepada penjagaan kesihatan.

“Sitkom itu adalah sebahagian daripada Teras 1 ANMS iaitu Memantapkan Promosi Pembudayaan Hidup Sihat yang turut mempelbagaikan kaedah media dan promosi,” katanya pada majlis pelancaran sitkom itu, hari ini.

Katanya, sitkom ini menampilkan cerita dalam bentuk santai dan menghiburkan serta mampu mencorakkan daya fikir masyarakat lebih sihat.

Dr. Zaliha berkata, ANMS kini memasuki Fasa Kedua Pelaksanaannya (2023-2025) yang meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat Malaysia sebagai keutamaan.

Menurutnya, fasa kedua itu mengetengahkan elemen pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

“Ia selari dengan konsep Malaysia Madani di bawah rukun Kesejahteraan yang diyakini dapat mewujudkan rakyat yang mengutamakan keseimbangan dalam kehidupan dengan menjadikan amalan hidup sihat sebagai budaya.

“Kita akan teliti keberkesanan sitkom ini dan sekiranya mendapat sambutan waktu siarannya akan ditukar kepada waktu perdana,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya