Shila Amzah, Ubai rancang nikah tahun ini

Shila Amzah, Ubai rancang nikah tahun ini

SHILA HAMZAH dan UBAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kematangan dan sifat kebapaan yang dimiliki pempengaruh, Ubai berjaya meyakinkan hati penyanyi, Shila Amzah untuk memilih lelaki itu sebagai bakal suaminya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 32, berkata, mereka juga sebenarnya sudah lama merancang untuk mendirikan rumah tangga seawal perkenalan mereka setahun yang lalu.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Kami sebenarnya sudah lama rancang untuk bertunang dan bernikah tahun ini. Daripada awal perkenalan pun, memang kami sudah bincang soal kahwin.

“Cuma ketika itu kami tidak mahu terlalu cepat dalam merancang. Saya ada beberapa pelan konsert dan Ubai ketika itu juga perlu menjaga ibunya yang sedang sakit.

“Bila cakap pasal Ubai, ada sesuatu yang istimewa tentang dia di mata saya. Dia serius mahu menyunting saya sebagai isteri dan melayan anak saya, Seth Uwais dengan baik,” katanya.

Penyanyi Memori Tercipta itu semalam mengikat tali pertunangan dengan lelaki berusia 25 tahun itu dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup.

Sementara itu, Ubai ketika dihubungi turut meluahkan keterujaan dan rasa syukur kerana majlis yang dirancang berjalan lancar.
“Nak dapatkan hati emak, kena dapatkan hati anak. Alhamdulillah, Seth dan saya rapat. Mungkin kerana saya dan Sha (panggilan untuk Shila) bermula sebagai seorang kawan. Jadi saya dan Seth juga selalu berjumpa sebelum ini.

“Saya tidak cemas untuk menjadi ‘bapa instant’ kerana saya memang menyukai budak-budak. Perkara itu datang secara semula jadi,” katanya.

Shila mendirikan rumah tang­ga bersama Haris Idraki Elias pada 2018 namun berpisah pada tahun 2022.

Hasil perkahwinan, dia dikurniakan seorang anak, Seth Uwais, 5.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN