Selangor bakal alami lonjakan ekonomi - Utusan Malaysia

Selangor bakal alami lonjakan ekonomi

Selangor ekonomi
SULTAN Sharafuddin Idris Shah bersama Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak sambil disaksikan Amirudin Shari pada Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri Daerah Klang dekat Taman Seri Kerayong, Kapar di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Selangor dijangka meraih lonjakan ekonomi ketara tahun ini apabila berjaya mencapai 45 peratus daripada sasaran perolehan negeri pada suku pertama 2023.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dalam tempoh tersebut negeri penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara terbesar itu memperoleh RM893.11 juta.

“Sehingga 15 Mac ini, pentadbiran ini berjaya mengutip RM893.11 juta, iaitu hampir 45 peratus daripada sasaran keseluruhan bagi tahun 2023. Ini kita berjaya kutip dalam tempoh kurang daripada tiga bulan pertama tahun 2023.

“Ini juga adalah tanda keyakinan rakyat dan komuniti perniagaan di negeri yang kita cintai ini terhadap pentadbiran ini yang mengemudi negeri ini hampir lima tahun sebelum kita memasuki Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi,” katanya ketika berucap pada Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri Daerah Klang, malam tadi.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yakin pencapaian itu menjadi kekuatan partinya untuk berdepan PRN dan berharap pencapaian tersebut berterusan pada minggu dan bulan akan datang.

Turut berangkat, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin yang mencemar duli meraikan sambutan rumah terbuka bersama lebih 10,000 tetamu yang dianggarkan hadir dalam program tersebut.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan perolehan tersebut membolehkan kerajaan negeri memberikan insentif khas kepada kakitangan awam persekutuan yang berkhidmat di Selangor.

“Kejayaan prestasi pungutan hasil kerajaan negeri dalam tiga bulan pertama tahun ini, saya telah mengumumkan Insentif Khas Aidilfitri Kita Selangor 2023 juga kepada penjawat awam persekutuan seperti guru, polis dan lain yang berkhidmat di Selangor turut akan menerima manfaat insentif ini iaitu sebanyak RM200.

“Ini dibuat julung kalinya di Negeri Selangor Darul Ehsan dan didorong atas kejayaan prestasi pungutan hasil Kerajaan Negeri dalam tiga bulan pertama tahun ini,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya