'Saya tak terima lapan cincin daripada Farid' - Utusan Malaysia

‘Saya tak terima lapan cincin daripada Farid’

Diana Danielle
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Diana Danielle menafikan kenyataan suaminya, Farid Kamil yang mendakwa dirinya menerima lapan bentuk cincin dan barang kemas di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini.

Diana, 32, berkata, dia memilih untuk tidak memberikan sebarang reaksi dan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pemberian tersebut.

“Sebenarnya saya tidak menerima lapan bentuk cincin itu. Farid mengirimkan barang kemas itu kepada anak lelaki kami, Muhammad dan meminta menyerahkan kepada saya.

“Saya tidak selesa mengenai perkara tersebut dan memilih untuk tidak memberi sebarang reaksi,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Instagram, sebentar tadi.

Pelakon filem Imaginur itu turut memberitahu, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang ucapan penghargaan mengenai pemberian barangan kemas tersebut.

Dia juga meminta Farid tidak lagi menggunakan dua anak mereka sebagai perantara untuk menyerahkan sebarang pemberian kepadanya.

“Saya juga tidak pernah mengucapkan terima kasih kerana menolak cincin tersebut melalui peguam saya. Namun, dia menggunakan anak lelaki untuk menyerahkan kepada saya.

“Kini semua orang sudah tahu mengenainya dan tolong jangan berikan sebarang hadiah melalui anak-anak lagi,” tegasnya.

Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 42, ketika ditemui pihak media memberitahu isterinya sudah menerima barang kemas yang dihadiahkan melalui dua anak mereka iaitu Muhammad dan Aurora.

Diana bagaimanapun hari ini ‘ghaib’ selepas prosiding dan tidak dapat ditemubual kerana mengelak bertemu pihak media di mahkamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.