Saya nak balas jasa ibu - Meer Nash - Utusan Malaysia

Saya nak balas jasa ibu – Meer Nash

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Meer Nash, 27, mengakui kemunculan ibunya,  menerusi video muzik lagu Permata menjadi antara perkara yang diimpikannya sejak sekian lama.

Kata pemilik nama sebenar Muhamad Shahmeer Mohd. Nashrul, penampilan wanita  berusia 53 tahun itu dalam video muzik berkenaan menjadi perkara paling istimewa yang berlaku sepanjang pembabitannya dalam bidang nyanyian.

“Saya nak balas jasa ibu yang membesar kami adik beradik dengan sendirinya. Jadi, impian saya akhirnya tercapai untuk melihat dia muncul dalam video muzik lagu Permata saya.

“Ibu dan ayah saya berpisah ketika saya masih kanak-kanak lagi. Jadi dialah yang membesarkan saya dan adik beradik lain. Selain menjadi ibu, emak juga menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa,” katanya.

Meer Nash berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena majlis pemberitahuan kerjasama antara Secret Recipe dengan Universal Music baru-baru ini.

Ditanya tentang ayahnya, penyanyi yang dilahirkan di Pulau Pinang ini tidak menolak bahawa dia dan lelaki tersebut masih berhubung.

“Bagaimanapun kami tidaklah rapat. Hubungan kami ibarat ada tak ada sahaja,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN