Saya banyak fikir, risau lagu baharu tidak diterima - Aizat Amdan - Utusan Malaysia

Saya banyak fikir, risau lagu baharu tidak diterima – Aizat Amdan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Aizat Amdan mengakui risau penerimaan peminat muzik tanah air apabila dia melancarkan single baharunya, Hadiahkan Duka Kepadamu baru-baru ini.

Bagaimanapun kongsi Aizat, 34, dia gembira apabila lagu tersebut mula mendapat sambutan dan peminat terus menyokong karya muziknya sehingga sekarang.

“Jujur, setiap kali menghasilkan karya baharu, beberapa perkara bermain dalam fikiran satu demi satu persoalan timbul, adakah lagu baharu ini akan diterima baik atau tidak.

“Tapi apabila melancarkan sahaja lagu Hadiahkan Duka Kepadamu dilancarkan Ramadan lalu, sambutan yang diterima begitu baik daripada semua pihak.

“Hilang segala gundah apabila lagu ini mulai disukai peminat dan mula dimainkan stesen radio,” ujarnya.

Berkongsi keterujaan, Aizat berkata, ada pendengar yang menganggap lagu tersebut dinyanyikan oleh penyanyi baharu terutama komposisi melodi dan muzik yang segar daripadanya.

“Ada dalam kalangan peminat yang terkejut apabila mengetahui lagu ini dinyanyikan oleh saya. Gembira apabila orang mula mengetahui lagu ini sedikit demi sedikit.

“Tetapi kelakarnya, ada yang beranggapan lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi baharu dan tak kurang juga yang jatuh cinta kali pertama mendengarkannya.

“Semua respons itu memberikan keterujaan kepada saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya