Sarawak tingkatkan bidang kuasa kapasiti pelabuhan melalui PCDS2030

Sarawak tingkatkan bidang kuasa kapasiti pelabuhan melalui PCDS2030

PELABUHAN Kuching
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Empat inisiatif telah digariskan di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 untuk meningkatkan kapasiti pelabuhan yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan Sarawak.

Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Datuk Majang Renggi berkata antaranya ialah mempunyai perkhidmatan pelabuhan yang cekap, terminal selatan, Zon Bebas Senari, dan menggiatkan semula Pelabuhan Miri sebagai Pintu Masuk ke Utara Sarawak.

“Terdapat juga lima projek di bawah PCDS 2030 dengan kos sebanyak RM186.5 juta sedang dilaksanakan, manakala 15 projek baharu telah dikemukakan untuk pertimbangan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam mendedahkan usaha kerajaan untuk meningkatkan kapasiti pelabuhan di Sarawak pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Mengenai projek bagi sektor pelabuhan Sarawak yang sedang dilaksanakan di bawah RMK-12, Majang berkata projek itu termasuk pembekalan dan pemasangan Sistem Pengurusan Trafik Kapal Sungai Sarawak (VTMS) di Kuching; menjalankan kajian untuk melaksanakan Zon Bebas Senari di Kuching; kajian Pelan Induk Pelabuhan Miri Fasa 1; pembinaan tapak dan kemudahan kenderaan Pelabuhan Senari di Kuching; dan pembekalan, pemasangan dan pentauliahan dua kren dermaga di Pelabuhan Senari Kuching.

“Sementara itu, projek-projek yang telah siap meliputi menaik taraf Rumah Api Tanjung Po, Rumah Api Tanjung Datu, dan Pemasangan alat bantuan navigasi di Tanjung Manis,” ujarnya lagi.

Mengenai projek Pelabuhan Tanjung Manis di bawah PCDS 2023, beliau berkata, ia akan menjadi pembekalan dan pemasangan alat bantu navigasi; cadangan bekalan, pemasangan dan pentauliahan kren; dan cadangan bekalan dan pemasangan VTMS.

“Projek pembekalan dan pemasangan alat bantu navigasi telah siap sepenuhnya, manakala projek kren dan VTMS telah dikemukakan untuk pertimbangan dalam kajian pertengahan penggal RMK-12,” katanya.

Untuk rekod, pelabuhan yang di bawah bidang kuasa kerajaan Sarawak ialah Pelabuhan Kuching, Pelabuhan Rajang, Pelabuhan Miri, Pelabuhan Tanjung Manis, dan Pelabuhan Samalaju.

Manakala Pelabuhan Bintulu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.