Sarang perjudian dalam talian digempur, 40 ahli sindiket ditahan

Sarang perjudian dalam talian digempur, 40 ahli sindiket ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sarang perjudian dalam talian digempur selepas 40 individu disyaki terbabit dengan sindiket berkenaan ditahan menerusi beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Operasi itu dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

NOORSIAH MOHD. SAADUDDIN

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, tangkapan terdiri daripada 17 lelaki dan seorang wanita tempatan serta 15 lelaki dan enam wanita warga China.

“Sindiket ini didapati menyediakan platform perjudian dalam talian yang mensasarkan warga Taiwan.

“Pelanggan yang berminat untuk bertaruh dikehendaki membuat pemindahan wang ke akaun keldai dipercayai berada di negara China,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, pelanggan akan diberikan ‘point’ untuk digunakan untuk membuat taruhan menerusi platform berkenaan selepas pembayaran dibuat kepada akaun keldai berkenaan.

Katanya, sindiket berkenaan didapati turut menjalankan perkhidmatan pengurupan dengan menukar mata wang kripto Tether Token (USDT) dan menghantar semula mata wang berkenaan ke China.

“Hasil serbuan itu, sebanyak 88 unit telefon bimbit, wang tunai RM29,587, Dollar Amerika AS$5,000, seketul jongkong berwarna keemasan, masing-masing tiga kereta, jam tangan dan beg tangan serta set komputer pelbagai jenama dirampas.

“Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 58 tahun direman enam hari bermula 20 Mei hingga 25 Mei,” jelasnya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 429 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN