Rumah terbuka 'Satu Jalan Satu Menu' diteruskan

Rumah terbuka ‘Satu Jalan Satu Menu’ diteruskan

SEBAHAGIAN warga Taman Changkat Desa/Melewar 2 yang hadir memeriahkan rumah terbuka di Gombak, Selangor, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar 2 meneruskan tradisi rumah terbuka dengan berkonsepkan ‘Satu Jalan Satu Menu’ di Gombak, Selangor, Sabtu lalu.

Pengerusinya, Datuk Ghazali Harun berkata, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, penduduk di semua jalan di taman tersebut bersama-sama mempamerkan kelainan dalam program sambutan hari raya.

Menurutnya, terdapat lima jalan di taman berkenaan dan setiap jalan akan mengutip sumbangan daripada penduduk untuk menyediakan menu masing-masing.

“Cara ini membolehkan pihak persatuan mendapat penyertaan hampir semua penduduk untuk menjayakan sambutan yang diadakan termasuk daripada bukan Melayu selaras dengan semangat Malaysia Madani.

“Pelbagai menu telah disediakan oleh penduduk termasuk menu ‘vegetarian’ sehingga persatuan taman itu tidak perlu mengeluarkan banyak perbelanjaan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, gerai-gerai makanan dan minuman juga disediakan dan dikendalikan sendiri oleh penduduk dengan semangat gotong-royong yang lazimnya dilihat di kampung-kampung.

Ujar beliau, setiap kali taman tersebut mengadakan majlis raya, sambutan daripada penduduk begitu menggalakkan sekali.

Tambahnya, wakil persatuan penduduk dari taman perumahan dan kariah masjid berdekatan serta wakil agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

“Kumpulan pemuzik, Miraie Buskers turut diundang oleh pihak penganjur bagi menyampaikan lagu raya dan kontemporari dengan diketuai penyanyi utamanya, Mohd. Norhady Rosli,” ujarnya.

Sementara itu, menurut Ghazali, persatuan tersebut akan menganjurkan majlis iftar pada bulan Ramadan setiap tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya