Rumah terbuka Aidilfitri Felda Seroja eratkan ukhuwah

Rumah terbuka Aidilfitri Felda Seroja eratkan ukhuwah

ISMAIL Mohamad Said (lima, kanan), Kamal Ashaari (tiga kanan) dan Mat Amin Lebai Shafie (dua kanan) bersilaturahim pada majlis jamuan Aidil Fitri di Felda Seroja Jengka 18, Kuala Krau semalam. – UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RUMAH terbuka Aidilfitri dalam Felda Seroja Jengka 18, berjaya mengembalikan semangat bergotong royong dan bermuafakat dalam kalangan penduduk di rancangan ini.

Ketua Penerokanya, Mat Amin Lebai Shafie berkata, penduduk bergotong royong memasak pelbagai juadah kuih muih, ketupat, rendang, lemang dan lain-lain untuk hidangan para tetamu.

Kira-kira 2,000 orang hadir termasuk mantan Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Seri Dr.Ismail Mohamed Said dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Kamal Ashaari .

“Kehadiran pelbagai lapisan profil komuniti membuktikan ukhuwah silaturahim sesama ummah Islam tetap utuh dan erat,” katanya. -utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN