Ramai bodyshaming, persoal rezeki anak - Syamim Farid - Utusan Malaysia

Ramai bodyshaming, persoal rezeki anak – Syamim Farid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “ Bukan sekali dua orang bodyshaming, kecam saya kerana tubuh kurus. Ramai juga yang cakap macam mana nak dapat anak kalau badan kurus sangat?”

Demikian luahan pelakon dan pengacara, Che Puan Syamim Farid yang manguki sering menjadi bahan kecaman warganet lantaran dikatakan terlalu kurus.

Jelas pelakon Sekali Lagi Cinta Kembali itu, dia mengamalkan diet sihat dan tidak mengambil nasi selama 11 tahun kerana itu adalah gaya hidup yang dipraktikkan selama ini.

“Saya dan suami sudah sudah mendapatkan penjelasan doktor, kami berdua okay sahaja. Jadi okay sahaja kalau tidak makan nasi. Itu adalah pilihan saya sendiri.

“Tetapi saya tak ada masalah pun untuk makan nasi. Bukan alergi atau tidak boleh makan. Kalau rasa nak makan, saya akan makan. Tidak ada masalah pun sebenarnya.

“Cuma saya lebih suka amal gaya hidup sihat. Makan quinoa atau bijiran yang bersesuaian,” ujarnya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dalam pada itu, Syamim turut menjelaskan, dia juga sangat suka dengan alaman senaman dan turut aktif dalam sukan mempertahankan diri seperti Muay Thai dan lain-lain.

“Saya dah biasa dengan gaya hidup begini. Jadi saya akan kira berapa pengambilan kalori dan makanan. Sudah jadi norma kehidupan.

“Saya pun tidak rasa tertekan atau berfikir macam mana hendak kurus. Itu sudah jadi rutin harian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.