Penubuhan parti politik memang berasas kaum - Sanusi

Penubuhan parti politik memang berasas kaum – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Lim Guan Eng tidak perlu ‘berpencak silat’ seolah-olah dirinya tidak mempraktikkan politik kaum apabila menggesa rakyat Malaysia membuat laporan polis terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kononnya mengamalkan politik pecah belah.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa, asas kepada penubuhan parti-parti politik di negara ini realitinya berasaskan kepada kaum.

Katanya, tiada apa yang perlu dinafikan dengan perkara itu kerana MIC misalnya ditubuhkan untuk kaum India, manakala MCA bagi kaum Cina, UMNO pula untuk Melayu dan Pas untuk Islam.

“Asasnya memang begitu dan DAP pula parti cauvinis ekstremisme Cina. Pergi tengok Deklarasi Setapak ketika DAP ditubuhkan pada 1969. Apa lagi nak dinafikan? Memang parti-parti politik ditubuhkan atas platform kaum dan agama.

“Jadi tak payahlah berpencak silat seolah-olah beliau tak praktikkan politik perkauman. Kita kenal beliau lama dah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) di Menara BDB, di sini, hari ini.

Menerusi kenyataan dibuat Guan Eng semalam, Ahli Parlimen Bagan itu menggesa rakyat Malaysia supaya beramai-ramai membuat laporan polis terhadap Abdul Hadi bagi menamatkan politik pecah belah, pelampau dan perkauman.

Dakwa Guan Eng, jenama politik pemimpin Pas mengancam perpaduan dan integrasi nasional sehingga Abdul Hadi disifatkan terdesak untuk menggugat kestabilan malah memusnahkan kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana terus menyasarkan golongan bukan Islam dan bukan Melayu secara terbuka.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, Guan Eng sepatutnya menggunakan medan politik untuk membuat kenyataan balas berbanding membuat gesaan berkenaan terhadap rakyat negara ini.

“Dia kira nak lapor polis saja. Sepatutnya kenyataan politik, selesaikan di medan politik. Beliau boleh buat kenyataan balas. Itulah eksesais dan namanya politik. Kalau kita buat satu eksesais politik tapi beliau nak selesaikan hingga ke polis dan mahkamah, tak payah main politik,” katanya.

Ditanya dakwaan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu bahawa Pas tidak mustahil akan kembali membentuk tahaluf siyasi bersama DAP, Muhammad Sanusi berkata Ahli Parlimen Kota Raja itu suka berangan-angan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.