Pemilihan Pulau Pinang tuan rumah majlis tilawah, hafazan tiada unsur politik - Utusan Malaysia

Pemilihan Pulau Pinang tuan rumah majlis tilawah, hafazan tiada unsur politik

MOHD. NA'IM Mokhtar (tengah) dalam sidang akhbar selepas program prapelancaran majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H bersamaan 2023 di Bukit Jambul, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

GEORGE TOWN: Pemilihan Pulau Pinang sebagai tuan rumah bagi majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H tidak mempunyai kaitan dengan sebarang elemen politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pemilihan Pulau Pinang sebagai tuan rumah bagi majlis tersebut dilakukan tahun lalu iaitu sebelum penubuhan Kerajaan Perpaduan.

”Keputusan (Pulau Pinang sebagai tuan rumah) dibuat tahun lalu dan ia tidak ada kena-mengena dengan elemen politik.

”Dalam konteks ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memilih Pulau Pinang dan kerajaan negeri bersetuju menerima jemputan Kerajaan Pusat, dan pihak kami berharap majlis ini akan berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis prapelancaran majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H bersamaan 2023 di Bukit Jambul, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak yang menyatakan pemilihan Pulau Pinang sebagai tuan rumah majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H adalah berkaitan dengan soal politik.

Untuk rekod, kali terakhir Pulau Pinang menjadi tuan rumah majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan adalah pada 2002.

Dalam pada itu, Mohd. Na’im berkata,
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan akan berlangsung selama enam hari bermula pada 11 hingga 16 Jun ini di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, dekat sini dan akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Jun.

”Acara berprestij tahun ini dijangka melibatkan penyertaan seramai 108 peserta dari seluruh negari berusia antara 10 hingga 25 tahun.

”Secara umumnya, setiap negeri diwakili lapan peserta iaitu dua peserta dalam pertandingan tilawah al-Quran manakala enam peserta dalam pertandingan hafazan al-Quran,” katanya.

Tambahnya, penganjuran majlis itu oleh Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri setiap tahun merupakan satu manifestasi komitmen kedua-dua pihak untuk terus memperkasakan syiar Islam di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya