Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi selamatkan peruntukan subsidi minyak kerajaan - Utusan Malaysia

Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi selamatkan peruntukan subsidi minyak kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan sedang melaksana projek rintis Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi di bawah inisiatif Program Ekonomi Sempadan di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, projek yang dikendali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu mampu menyelamatkan peruntukan subsidi minyak kerajaan.

Selain itu katanya, ia dilihat dapat meningkatkan pendapatan melalui cukai jualan dikenakan ke atas kenderaan asing.

“Laporan awal mendapati, data jualan bahan petroleum bersubsidi menunjukkan penurunan sebanyak 13.2 peratus bagi diesel, manakala 15.7 peratus bagi RON95 di 38 stesen minyak di Perlis bagi tempoh dua bulan pertama pelaksanaan program.

“Ia membabitkan penjimatan subsidi kerajaan bernilai antara RM5 juta. Dua stesen minyak tanpa subsidi di Perlis terbabit mengalami peningkatan jualan sebanyak 14.75 peratus bagi diesel tanpa subsidi, manakala 43.27 peratus bagi RON95 tanpa subsidi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bilangan 3 Tahun 2023.

Dalam pada itu, kata Ahmad Zahid, perbezaan harga komersial di Malaysia masih murah berbanding Thailand.

“Harga komersial di negara kita masih murah berbanding Thailand dengan harga jualan RM3.05 per liter berbanding RM4.62 per liter bagi Petrol RON95, manakala RM3 per liter berbanding RM4.24 per liter bagi diesel.

“Hasil libat urus KPDN bersama agensi penguatkuasaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) juga mendapati, aliran trafik kenderaan asing adalah tinggi terutama di bahagian utara Semenanjung,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya