Pelukis pelan dituduh muat naik kenyataan jelik hina Islam - Utusan Malaysia

Pelukis pelan dituduh muat naik kenyataan jelik hina Islam

MUHAMMAD Firdaus Embong (tengah) yang dituduh memuat naik kenyataan jelik menghina Islam di Facebook dibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pelukis pelan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memuat naik kenyataan jelik menghina Islam di Facebook, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Firdaus Embong, 39, yang juga orang kena saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, OKS didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dan berniat menyakiti hati orang lain dengan menggunakan akaun Facebook bernama ‘Firdaus Embong’.

Hantaran komunikasi tersebut dilihat pada 15 Disember 2021 di Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Jalan Sultan Mohamad di sini kira-kira pukul 10 pagi.

Muhammad Firdaus didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, OKS boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian membenarkan Muhammad Firdaus diikat jamin sebanyak RM4,000 dan menetapkan 21 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-Din. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya