Pakej umrah: 105 laporan polis dengan kerugian RM3.93 juta

105 laporan polis dengan kerugian RM3.93 juta berkaitan penipuan pakej umrah

NOORSIAH MOHD. SAADUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 105 laporan polis direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini berhubung dakwaan penipuan pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat pelancongan terkenal. 

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pihaknya kini telah enam kertas siasatan berhubung kes tersebut. 

“Hasil siasatan mendapati syarikat tersebut mempunyai lesen perniagaan yang sah. 

“Sebanyak 105 laporan polis dibuat berkaitan isu tersebut dan nilai kerugian dianggarkan RM3.93 juta,” katanya di sini hari ini. 

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Terdahulu, Ketua Jawatankuasa Bertindak Mangsa Umrah Emraz, Rusman Abu Samah mendakwa, pihaknya mengumpul invois, resit serta bukti pembayaran bank oleh jemaah yang terkesan.

Katanya, berdasarkan  data diperolehi daripada beberapa ahli jemaah sehingga hari ini, terdapat sekurang-kurangnya 157 ketua keluarga (invois) dengan jumlah jemaah terkesan kira-kira 602 orang membabitkan tuntutan melebihi RM6.2 juta.

“Ia merangkumi tarikh perjalanan umrah pada Disember 2020 sehingga 19 Mei lalu. Kami tidak menolak kemungkinan jumlah sebenar mangsa serta kerugian mungkin lebih daripada itu,” katanya. 

Rusman berkata, berdasarkan rekod, ada dalam kalangan jemaah yang sudah menghantar notis pembatalan umrah dijadualkan pada Ogos ini hingga Januari 2024 serta menuntut segala pembayaran sudah dibuat dengan jumlah tuntutan melebihi RM331,000.

“Mengikut rekod kami, bagi tuntutan bermula Februari 2020 (tertunda kerana Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga Disember 2022 adalah kira-kira RM280,000 membabitkan 40 jemaah.

“Bagi tuntutan bermula 21 Februari 2023 hingga 15 Mac lalu (sebelum Ramadan) ialah melebihi RM1.6 juta membabitkan kira-kira 198 jemaah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. (Emraz), Datuk Dr. Zulkarnain Endut berkata, pihaknya sedang mengemas kini jadual umrah dan membuat pembayaran balik kepada bakal jemaah yang terjejas penerbangan mereka.

Jelasnya, Emraz komited memastikan mereka yang terbabit akan mendapat semula wang mereka. Kita menafikan dakwaan kononnya Emraz akan menutup operasinya seperti dakwaan yang tular di media sosial.

“Baru-baru ini, pihak syarikat bertindak menghantar semula jemaah ke Tanah Suci sebagai langkah memulihkan semula perkhidmatan dan mengembalikan kepercayaan pelanggan selepas berdepan isu beberapa bulan lalu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya