Op Rempit: 4 remaja ditahan, 8 motosikal disita - Utusan Malaysia

Op Rempit: 4 remaja ditahan, 8 motosikal disita

SEBAHAGIAN daripada motosikal yang diperiksa dan disita dalam Op Rempit oleh anggota BSPT dan BPJKK IPD Seberang Perai Tengah di sekitar Butterworth, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seramai empat remaja ditahan di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain dalam Op Rempit, semalam.

Dalam operasi sama yang memfokuskan pelajar sekolah dan remaja di sekitar daerah Seberang Perai Tengah itu, lapan buah motosikal turut disita.

Menurut ibu pejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, operasi penguatkuasaan itu dijalankan oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dengan kerjasama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD berkenaan.

“Sabit kesalahan, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, secara keseluruhan kira-kira 23 buah motosikal telah ditahan untuk pemeriksaan dan sebanyak 25 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi berkenaan.

Katanya, antara kesalahan tersebut termasuk tiada lesen memandu yang sah, tiada cukai jalan, melakukan pengubahsuaian kenderaan serta lain-lain kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya