Muat naik video ular, Aaron Aziz akui kesalahan - Utusan Malaysia

Muat naik video ular, Aaron Aziz akui kesalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datuk Aaron Aziz, mengaku salah atas tindakannya memuat naik video live memaparkan dia meletakkan seekor ular Sawa berdekatan sangkar menempatkan beberapa ekor kucing.

Bagaimanapun, pelakon asal Singapura itu kesal kerana dipersalahkan tanpa usul periksa.

“Silap saya buat live, mungkin saya ghairah kerana kali pertama berlakon dengan ular.

“Tapi, pertanyaan saya kepada pemilik ular (berlesen) tentang keadaan kucing tidak ditunjukkan.

“Saya diberitahu ular tersebut makan arnab, bukan kucing. Tapi, memang salah saya sebab post video itu,” katanya.

Aaron berkata demikian menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagramnya, baru-baru ini.

Pelakon berusia 47 tahun itu baru-baru dikecam hebat gara-gara video berkenaan.

Beliau turut menerima teguran Persatuan Haiwan Malaysia kerana tindakan tersebut.

Dalam masa yang sama, Aaron turut menegaskan dia juga seorang pencinta kucing dan amat prihatin tentang keselamatan kucing-kucing yang berada dalam sangkar berkenaan ketika video live itu dirakam.

“Yang maki, cakap saya bodoh, tak apa, teruskan. Saya pencinta kucing, tak mungkin zalimi (kucing).

“Saya hanya jalankan tugas yang diberikan oleh pengarah dan penerbit,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya