MMM: Kerajaan Perpaduan sokong kebebasan media

MMM: Kerajaan Perpaduan sokong kebebasan media

TEO Nie Ching (tengah) bergambar bersama sebahagian peserta yang menyertai program Larian Amal IOI Putra di Bandar Putra, Kulai, Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong sepenuhnya agar media tempatan diberi kebebasan dalam membuat laporan berita sebagai satu kaedah semak dan imbang.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching memberitahu, perkara itu antara yang hendak dicapai pihaknya menerusi usaha penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM).

Bagaimanapun katanya, semua agensi media serta individu perseorangan perlu dipertanggungjawabkan atas pelaporan berita mereka.

“Sudah pasti (menyokong kebebasan media tempatan), tetapi media perlulah bertanggungjawab terhadap laporan mereka agar tiada pertelingkahan timbul, kerana kadangkala kita terima aduan daripada masyarakat awam.

“Sebagai contoh, mungkin ada gambar kanak-kanak bawah umur dipaparkan ataupun berita palsu atau ‘bias’, itu bukan responsible reporting jadi mereka perlu dipertanggungjawabkan.

“Cuma, sekiranya tindakan terhadap media diambil oleh kerajaan, itu akan menimbulkan persoalan adakah wujud motif di sebalik tindakan itu, jadi lebih baik satu badan bebas ditubuhkan demi kebaikan industri media tempatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Larian Amal IOI Putra, di sini hari ini.

Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai turut memberitahu, tindakan mewujudkan MMM yang dikendali pihak industri sendiri akan turut meningkatkan imej dan kredibiliti agensi media tempatan dalam kalangan masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN