KUALA LUMPUR: Sebarang keputusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri yang terlibat harus diterima secara positif khususnya buat UMNO. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, ini kerana tempoh masa yang ada antara Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan PRN amat dekat. Malah, ia memerlukan masa untuk memberi penjelasan kepada rakyat berhubung perubahan politik yang berlaku pada hari…