Malaysia tingkat kerjasama pelbagai bidang dengan China 

Malaysia tingkat kerjasama pelbagai bidang dengan China

ANWAR Ibrahim menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Zhao Leji ke Malaysia di Putrajaya. semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Malaysia bersetuju meningkatkan pelbagai kerjasama dengan China mencakupi pelbagai aspek termasuk pelaburan, pendidikan dan sebagainya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini susulan kunjungan hormat selama sejam oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Zhao Leji ke Malaysia, semalam yang disertai beberapa menteri Kabinet.

Anwar berkata, kunjungan itu bagi meningkatkan kesalinghubungan Putrajaya-Beijing dalam bidang pelaburan, pendidikan, kerjasama antara universiti serta penyelidikan dan pembangunan. 

“Kesempatan ini juga saya gunakan dalam menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan China di atas layanan luar biasa yang diberikan semasa lawatan rasmi saya dari 29 Mac hingga 1 April yang lalu. 

“Perbincangan hari ini juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) seperti projek berkembar melibatkan kedua-dua negara, iaitu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV),” katanya di Facebook.

Anwar berkata, perbincangan itu juga bertujuan mempromosi pertukaran dan kerjasama antara Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Parlimen Malaysia.

Pada masa sama, beliau berkata Malaysia dan China juga sepakat menyuburkan perkongsian terhadap nilai bersama Malaysia MADANI dan wawasan Community With a Shared Future for Mankind.

“(Ini) untuk faedah bersama rakyat dan cadangan Tabung Kewangan Asia adalah selari dengan aspirasi Community With a Shared Future for Mankind,” katanya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya