Malaysia tekad mainkan peranan signifikan dalam ASEAN - Utusan Malaysia

Malaysia tekad mainkan peranan signifikan dalam ASEAN

ANWAR Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengaminkan doa sebelum berangkat ke Labuan Bajo, Indonesia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42. - TWITTER ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia bertekad utuh untuk terus memainkan peranan signifikan dalam keanggotaan ASEAN khusus melibatkan usaha pembangunan, ekonomi, sosiobudaya, keselamatan dan politik.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia juga akan sentiasa berusaha memperkukuh hubungan bersama negara tetangga di ASEAN dengan berteraskan semangat Madani dan gagasan ASEAN.

“Malaysia bertekad utuh untuk terus memainkan peranan signifikan dalam keanggotaan ASEAN khusus melibatkan usaha-usaha pembangunan, ekonomi, sosiobudaya, keselamatan dan politik,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Beliau dan delegasi berlepas ke Labuan Bajo, Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, Perdana Menteri turut akan mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Sidang Kemuncak Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Anwar dijangka menghadiri sesi pertemuan dengan wakil-wakil Belia ASEAN, Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly – AIPA), Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN Business Advisory Council – ABAC) dan Pasukan Petugas Peringkat Tinggi Mengenai Visi Komuniti ASEAN Pasca-2025 (High-Level Task Force on ASEAN Community’s Post-2025 Vision – HLTF-ACV).

Menurut Zambry, sidang kemuncak kali ini merupakan platform yang baik bagi semua negara anggota ASEAN untuk membincangkan hala tuju ASEAN dan usaha-usaha pembangunan Komuniti ASEAN, yang merangkumi Visi Komuniti ASEAN Pasca-2025 serta Pelan-Pelan Tindakan untuk ketiga-tiga tonggak Komuniti ASEAN, iaitu politik-keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN