Lupakan siapa poster boy, fokus menang PRN dahulu

Lupakan siapa poster boy, fokus menang PRN dahulu

AHMAD Zahid Hamidi hadir merasmikan Konvensyen Negeri 2023 anjuran Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah di Alor Setar. -UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Semua pemimpin Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Harapan (PH) perlu fokus untuk memenangkan parti masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak sebelum memikirkan tentang ‘poster boy’ bagi mewakili gabungan itu di negeri masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN berkata, gabungan itu diyakini mempunyai formula terbaik untuk menawan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) berdasarkan pengalaman dan kepakaran masing-masing termasuk di Kedah.

“Buktikan (komitmen masing-masing). Lupakan soal poster boy, fikirkan untuk menang dahulu seperti di Kedah dapatkan 19 kerusi dahulu. Apabila sudah menang baru fikir soal poster boy, itu bukan hak kita untuk tentukan tetapi hak Sultan.

“Atas dasar itulah saya yakin dalam kalangan parti termasuk di Kedah kena ketepikan perbezaan, ketepikan perbalahan dan komited untuk menang,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Negeri 2023 anjuran Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah, hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, kedua-dua gabungan itu juga perlu berhenti bernostalgia sebaliknya menggunakan titik kebersamaan masing-masing untuk mengukuhkan parti ketika menghadapi PRN kelak.

“Dulu lawan tetap lawan, sekarang lawan jadi kawan. Cukuplah kita terus bernostalgia dan berada di titik perbezaan, sekarang kita mahu cari titik persamaan. Kenapa parti Islam berkawan dengan DAP, musuh UMNO (BN)? Itu cerita dahulu.

“Kalau dahulu orang UMNO boleh bersama MIC, MCA dan Gerakan, itu hakikat parti itu bukan sahaja mewakili kaum tertentu. Seperti juga DAP ada ahli daripada orang Melayu. Kita terima sahabat kita dengan semangat ‘kemalaysiaan’,” tambahnya.

Jelasnya, untuk kembali menawan pengundi kelak, semua calon yang dipilih gabungan itu perlu bekerja keras di semua peringkat termasuk dalam kalangan ahli mahupun bukan ahli.

“Duit jangan risau. Tetapi segalanya bukan berkaitan duit. Dahulu masa pilihan raya umum, UMNO ada duit tetapi ke laut juga. Tetapi ini berkaitan semangat bersama iaitu bagaimana kita mahu menyantuni rakyat, pengundi walaupun bukan ahli parti kita. Itu faktor kejayaan. (PRN) ini adalah peluang terbaik kerana peluang ini tidak akan datang lagi,” katanya.

Dalam konteks politik Kedah, katanya, negeri ini memerlukan pemimpin terutama Menteri Besar yang berpengalaman dan pakar dalam selok-belok pentadbiran termasuk membangunkan negeri berkenaan.

“Soalnya kita jangan politikkan masalah rakyat tetapi selesaikan masalah rakyat. Lakukan komitmen bukan hanya pandai buat lawak jenaka dan jadi penglipur lara. Kita kena belajar daripada UMNO, BN malah PKR, DAP dan Amanah. Kongsilah ilmu dan ketepikan perbezaan itu,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya