LIMA23: Maritim Malaysia tayang empat kapal, dua helikopter

LIMA23: Maritim Malaysia tayang empat kapal, dua helikopter

PASUKAN Maritim Malaysia melakukan latihan sebelum membuat persembahan pada LIMA23 di Resort World Langkawi, Tanjung Malai di Langkawi. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mempertonton empat buah kapal dan dua helikopter mereka dalam pemeriksaan armada sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA23) bermula hari ini.

Maritim Malaysia memaklumkan, pameran segmen maritim yang berlangsung di Resort World Langkawi (RWL) turut melibatkan demonstrasi menyelamat di kapal untuk tatapan pengunjung.

“Demonstrasi menyelamat di kapal dikendalikan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia (STAR TEAM) bagi memperlihat bagaimana agensi ini melaksanakan tugas dalam situasi sebenar khususnya melibatkan serangan bersenjata di laut seperti rompakan atau aktiviti jenayah.

“Maritim Malaysia turut terlibat dalam pameran statik dengan membawa aset seperti bot Benteng dan Jet Ski, di samping reruai terbuka yang menampilkan maklumat berkaitan agensi ini selain pameran senjata serta teknologi terkini yang diguna pakai oleh anggota ketika menjalankan tugas,” katanya.

Selain daripada program pameran di RWL, Maritim Malaysia turut memberikan peluang kepada pengunjung LIMA23 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) untuk merasai suasana berada di atas kapal sebenar dengan teknologi realiti maya (VR).

Jelasnya, VR yang disediakan memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat daripada perspektif seorang anggota Maritim Malaysia yang sedang bertugas melaksanakan operasi penguatkuasaan di atas bot serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari udara menggunakan kaedah winching.

Tambahnya, LIMA23 turut dijadikan batu loncatan bagi Maritim Malaysia untuk menjalinkan kerjasama dengan sektor komersial sama ada syarikat tempatan mahupun antarabangsa dalam mendapatkan teknologi terkini khususnya melibatkan aspek keselamatan dan penguatkuasaan di laut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya